Tuesday 5 April 2016

Benarkah Al Aslu Fil Ibadah Al Man'u Tidak Diterima Di Sisi Usuliyyin Syafiiyah?

     Ada orang (ustaz xxx) yang pernah menyatakan kepada saya bahawa para ulama shafiiyah tidak menerima kaedah "الأصل في العبادة المنع" kepada saya ketika kami berbincang berkenaan sesuatu isu,lalu saya rasa pelik tanpa hujah yang kukuh dan penerangan yang baik,dia terus membuat kesimpulan seperti itu,kemudian saya hairan dan bertanyalah kepada Al Ustaz A Hafiz Hafifi akan hal tersebut itu:-
🔴

Benarkah al aslu fil ibadah al man'u x diterima di sisi usuliyyin syafiiyah?

🔵
 
Jawapan :

1) Kata guru kami : Syeikh Fahd Ar Ruhaili hafizahullah :
" Pada pendapatku, khabar ini tak sahih. Kaedah ini disepakati oleh para ulama'. Menerusi kaedah ini, menatijahkan banyak furu' fiqhiyyah ".
( mafhum dan khulasah dari jawapan beliau )

2) Kata guru kami : Syeikh Said ibn Saad Al Qahtani hafizahullah :
" Sila rujuk 'masalah usuliyyah' : Adakah ianya merujuk kepada hukum asal bagi sesuatu perkara sebelum turunnya syara' ? "
(mafhum dari kalam beliau )
Ana bertanya kepada guru ana ; Syeikh Dr Muhammad Saad AlYubi hafizahullah berkaitan hal ini. Beliau berkata ada khilaf dalam kalangan ulama' tentang hukum panduan asal bagi sesuatu sebelum turunnya syara' :

Pendapat pertama : Asal sesuatu perkara sebelum turunnya syara' adalah harus.

Pendapat kedua : Asal sesuatu perkara sebelum turunnya syara' adalah haram.

3) Kata guru kami : Syeikh Dr Muhammad Saad AlYubi hafizahullah : " Pada pendapatku, tidak ada khilaf ulama' dalam ini "

4) Kata Syeikh Prof Dr Anis Tohir hafizahullah : " Ia perlukan kajian yang mendalam. Namun kaedah ini diletak oleh majoriti para ulama ".
( mafhum kalam beliau )
wallahu a'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...