Monday 4 April 2016

Antara Islah Al Istilah Dengan Tasir Mustolah


     Bagi orang yang membaca "Taisir Mustolah Al Hadis",jangan lupa untuk baca juga kritikan ke atasnya oleh Syeikh Thariq 'Awadh Allah dalam "Islah Al Istilah",kalau tidak,memang terlepas pandangan banyak perkara penting.

     Kitab Syeikh Thariq 'Awadh Allah ini merupakan antara bukti ketelitian Syeikh dalam menilai,bermula dari isu nama Kitab yang masyhur dalam ilmu mustolah,sehinggalah ke bab "ma'rifatul alqab"...

     Semuanya disusun kemas dan sistematik,mudah difahami.

     *Contohnya dalam isu penisbahan "Nazham Ad Durar Fi Ilmi Al Athar".[pada mukasurat 11 daripada Kitab Islah Al Istilah]

-Dr. Mahmud At Thahan telah menisbahkan nama Nazham ini kepada Al Fiyah Imam Al Iraqi.

     Maka Syeikh Thariq 'Awadh Allah telah menjawab bahawa nama itu sebenarnya merupakan nama bagi Al Fiyah As Suyuthi,manakala nama bagi Al Fiyah Al Iraqi secara tepatnya pula adalah "At Tabsirah Wa At Tazkirah".

    Lalu diberikanlah hujah beliau,antara hujahnya adalah:

-Al Imam Al Iraqi telah memberikan isyarat tentang nama itu pada awalnya dengan katanya:

نظمتها تبصيرة للمبتدي ، تذكرة للمنتهي والمسند

-Al Hafiz As Sakhawi telah berkata pada syarah bait ini:

وأُشير بالتبصرة والتذكرة إلى لقب هذه المنظومة

"Dan telah diisyaratkan dengan "At Tabsirah Wa At Tazkirah" pada panggilan Manzhumah ini".

-Kata Al-Syeikh Al Ansari:

واشار بالتصيرة والتذكرة إلى إسم منظومته

"Dan dia (Al Iraqi) telah mengisyaratkan dengan "At Tabsirah Wa At Tazkirah" kepada nama Manzhumahnya".

-Dan Syeikh Al Ansari telah menjelaskan juga tentang namanya (Al fiyah Al Iraqi) pada muqaddimahnya dalam syarahanya baginya (Al fiyah Al iraqi)

-Dan Imam As Suyuthi pun telah mengisyaratkan pada awal al fiyahnya terhadap nama alfiyahnya itu sendiri dan katanya:

وهذه الفية تحكي الدرر ، منظومة ضمنتها علم الأثر

 -Dan kata Imam As Suyuthi sendiri pada syarahnya terhadap Alfiyahnya itu:

وبعد ،فإني نظمت في علم الحديث الفية ،سميتها "نظم الدرر في علم الأثر"

"Dan selepas itu,maka sesungguhnya aku telah menazhamkan dalam ilmu hadis sebuah al fiyah,aku telah namakannya "Nazham Ad Durar Fi Ilm Al Athar".

Wallahu a'lam.

     Demikianlah antara contoh bertapa mendalam dan pekanya pemerhatian Al Syeikh Thariq 'Awadh Allah Hafizahullah,daripada hal yang kecil sehinggalah hal yang besar,semoga Allah sentiasa membantunya dan memeliharanya atas jalan kebenaran.

     Namun,kita juga perlu tahu bahawa kitab ini (Islah Al Istilah) juga bukanlah kitab yang hadir untuk mencerca karya Dr. Mahmud At Thahan,melainkan sekadar kritik membina,itulah norma ilmu.

Bahkan berkata Syeikh Thariq 'Awadh Allah pada muqaddimahnya :

"فإن كتاب ( تيسير مصطلح الحديث ) للدكتور محمود الطحان من الكتب النافعة"

"Maka sesungguhnya Kitab (Tafsir Mustolah Al Hadis) bagi Dr. Mahmud At Thahan merupakan di antara kitab yang bermanfaat".

     Begitulah para ilmuwan,kritik dalam kasih!Kritik/Tidak setuju dan sebagainya bukanlah tanda biadap.Cuma ahli takwil yang bukan-bukan sahaja cepat melatah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...