Saturday 24 October 2015

Durar Al-Mahabbah...

Cinta oh cinta,
Cinta bukan sekadar nafsu semata,
Ia soal jiwa,
Jiwa yang ada duka dan lara,
Terkadang tenang,
Terkadang sengsara,
Ia tidak mudah diluah dengan kata,
Adapun dengan rasa tidak mudah diluah semua,

Ia ajaib,pelik...

Datang tidak diundang,
Pulang dengan kasih dan sayang,
Kadangkala dengannya harapan menjadi terang,
Terkadang pula segalanya menjadi kecundang,

Cinta tersemat di kalbu,
Melahirkan perasaan serba rindu,
Tersalah jalan menjadi pilu,
Benarnya jalan hanya kerana Tuhan yang satu!

Kerana cinta Adam bertemu semula dengan hawa.
Kerana cinta manusia belajar mengorbankan nyawa,
Kerana cinta juga manusia jatuh ke kacncah zina,
Kerana cinta Nabi dan sahabat berjuang semua,

Oleh itu,ketika cinta menjadi raja,
Antara iman dan nafsu menjadi hamba,

Semua ini harum dengan debunga Ilahi,
Ia cantik dengan mutiara Nabawi,
Akhirnya lahirlah insan tarbawi...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...